Nama saya shahzreen dan tahun ni saya sudah berusia 24 tahun (2017). Hari ni saya Cuma nak berkongsi pengalaman kerja saya sebagai part timer di hotel sebagai Banquet. Lepas habis spm saya sudah mula bekerja di pelbagai restoran dan retail shop sebagai part timer tetapi saya terima gaji mingguan atau pun bulanan. Berbeza kalau kita bekerja di hotel yang menawarkan gaji harian. Kalau sesiapa yang nak gaji ‘’cash’’ harian boleh lah cuba bekerja di hotel. Soalan pertama mesti ramai yang akan tertanya2 macam mana nak mulakan betul tak? Ok, dulu saya akan buat research dulu ada berapa banyak hotel 4star dan 5star di kawasan berdekatan saya. Saya tinggal di KL , so memang banyaklah hotel2 besar. Then saya dapatkan no tel hotel tu dari google dan terus call operator hotel tu dan suruh dia pass line ke banquet department. Hah! Masa tu tanyalah in charge hotel tu nak pakai pekerja part time tak. Selalunya kalau ada event2 besar contohnya Annual Dinner , Weeding , Fashion Show atau a...