Nama saya shahzreen dan tahun ni saya sudah berusia 24 tahun (2017). Hari ni saya Cuma nak berkongsi pengalaman kerja saya sebagai part timer di hotel sebagai Banquet. Lepas habis spm saya sudah mula bekerja di pelbagai restoran dan retail shop sebagai part timer  tetapi saya terima gaji mingguan atau pun bulanan. Berbeza kalau kita bekerja di hotel yang menawarkan gaji harian. Kalau sesiapa yang nak gaji ‘’cash’’ harian boleh lah cuba bekerja di hotel.

Soalan pertama mesti ramai yang akan tertanya2 macam mana nak mulakan betul tak? Ok, dulu saya akan buat research dulu ada berapa banyak hotel 4star dan 5star di kawasan berdekatan saya. Saya tinggal di KL , so memang banyaklah hotel2 besar. Then saya dapatkan no tel hotel tu dari google dan terus call operator hotel tu dan suruh dia pass line ke banquet department. Hah! Masa tu tanyalah in charge hotel tu nak pakai pekerja part time tak. Selalunya kalau ada event2 besar contohnya Annual Dinner , Weeding , Fashion Show atau apa2 event. Hotel perlukan part timer sekitar 80- 100 org bergantung kepada berapa besar event tu lah .Sebenarnya kerja banquet ni bukan kerja setiap hari. Bekerja bila ada event je. Ada hotel yg buzy setiap hari ada event. Ada juga hotel yang tak buzy dalam seminggu Cuma 2-3 event je. So, korang Cuma bekerja bila diperlukan je. Kalau nk kerja kenalah ‘book’ nama korang dulu. Bagitahu person in charge tu, yg korang nk kerja dan dia akan bgtahu bila ada event. Korang just bg nama je. Then nnt boleh terus datang kerja dan dia akan bagi voucher atas nama koranglah. Kalau korang tak book nama untuk bekerja memang tak boleh masuk kerja sbb diorang akan hire part timer cukup2 je. Contohnya hari tu nak guna 80 orang staff, diorang akan hire 80 org je untuk hari tu. Tapi ada juga yang tak booking nama just walk in je. Kalau ada part timer dah booking nama tp tak datang, barnasib baiklah, diorg terpaksa hire walk in part timer juga. Gaji memang akan dapat cash hari tu juga lepas korang dah habis bekerja. Best kan.. Tapi kalau korang dah booking nama tp tak dtg mungkin nama korng akn blacklist dan tak boleh bekerja di hotel tu lg. klau hotel tu betul2 straight lah.

Soalan kedua mesti korang tertanya2 banquet tu apa? Yep memang tu lah soalan sy semasa mula bekerja dulu. OK… Banquet tu waiter/waitress. Cuma bukan waiter di restoran tapi waiter dalam ballroom(Dewan besar). So korang akan bekerja di dalam ballroom tu sebagai pelayan atau waiter sepanjang event tu mula sampailah habis. Matlumat tambahan *perempuan bertudung tak diambil* sbb perempuan tak bertudung je yg boleh kerja banquet.

Kerja2 banquet?? Mula2 korng masuk kerja tu korang akan diberi uniform tp baju je. Seluar hitam dan kasut hitam kena tali pinggang hitam bawa sendiri. Tapi seluar hitam office tau bukan seluar jean dan kasut hitam office bukan kasut sport or kasut kain. Kemudian mereka akan hantar pegi makan (makan free jer) then diorg akan brief apa yg kena buat dari A-Z. So, tak perlu risau diorg akan ajar semuanya. Kerja tak susah pun Cuma hantar makanan dan minuman dari kitchen ke meja guest. Tu jer.. Tp tak senang sgt ok.. mknn hotel ada banyak set. Contohnya Chinese set, western set, malay set, buffet dan bnyak lagi. Kalau event tu order Chinese set, so semua org dlm ballroom tu akan makan Chinese set lah. Tetapi dalam bnyak2 set yg ada, Chinese set adalah menu yang paling banyak courses . Banquet akan serve makann course by course bukan semua makann letak atas table mcm tu je. Chinese set ada 9 courses dan banquet kenalah ulang alik amek makanan dari kitchen bawa ke maja guest 9 kali ok.. Fuhhh!.  Kalaw western set 4 courses je. Buffet dan dome set lagi senang . guest layan diri. Banquet Cuma buat clearing je. 1org banquet akan jaga 1table je. Event besar smpai seribu org so ada 100 meja that why diorang hire part timer untuk 100 org. 1meja tu ada 10org guest. So kita Cuma layan jer 10 org guest tu,  apa yg dia nak kita bagi je. Selain dari serve makann kita juga kena clearing(pinggan yg diorg dh habis mkn kena ambil dan bawa ke steward untuk steward basuh) then teruskan ambil course/makanan yg seterusnya sbb Chinese ada 9 jenis  makanan banquet buat benda yg sama sebnyak 9 kali. Ambil makann tunggu dia habis mkn ,ambil pinggan kotor tu bawa pergi steward dan ambil makann yg seterusnya. Selain dari tu kalau guest minta apa2 kena layan lah Contohnya dia minta air suam,baby chair, wine,beer,wisky atau apa2 je.
Tapi yg bestnya semasa kita bekerja kita still enjoy dgn performance semasa event tu. Bnyak juga jumpa artis2 perdana menteri. Pengalaman sy event penghargaan bagi hadiah kpd Olympic Negara. Saya dapat jumpa yang dipertuan agong. Kalau service korng tip top contohnya muka senyum,ikhlas,cepat dan pantas kemungkinan besar akan dpt tips. Tips tu duit tepi yg guest bg kpd pekerja disebabkan layanan yg memuaskan. Paling sikit sy pernah dpt RM30 tp selalunya RM50 maklumlah org2 kaya masa event tu. Tp tak mengharapkan sgt sbb kita kerja kena ikhlas. OK..bila habis je event tu dan guest pun dah habis makan, banquet Cuma buat clearing pinggan2 kotor bawa ke steward(jgn risau banquet tak basuh pinggan) dan ambil payment then balik.


Senang je kan. Pengalaman saya dulu, sy ada group whatsapp . dlm group tu ada ramai part timer . Admin coordinator hotel2 kt KL semua ada dlm tu. So mana2 hotel yg perlukan part timer akan diberitahu dlm group tu dan boleh booking nama terus kpd admin hotel tu lah. Maksud sy , sy tak berkerja 1 hotel je sbb kalau kerja 1 hotel je , dlm 1 minggu Cuma 2-3 kali je bekerja sbb tak semua hotel buzy dgn event. So kalau nk bekerja setiap hari kenalah pergi hotel2 lain juga. Lagi 1 payment rate setiap hotel lain2. Contohnya rate shangrila 1jam RM12 , ST.Regis RM16 , Hilton rm10..paling bnyak rate yg sy pernah dapat semasa bekerja di ST.regis KL rate 1jam RM25 sbb masa tu event yang di pertuan agong. So kalau dalam 1 hari ada banyak hotel yang ada event,  boleh pilih nk pegi hotel mana. Selalunya ramai akan serbu hotel rate tinggi. Kalau lambat memng penuh terpaksa berhijrah ke hotel2 lain. Payment rate hotel2 tu bukan setiap hari sama. Bergantung kepada event tersebut. Kalau event tu mewah dan hotel dpt profit tinggi, hotel akn bayar payment tinggi kpd part timer. Setiap hari Admin akan updated dalam group wtspp Dari hotel mna, Event apa contohnya weeding, payment rate berapa dan nk guna berapa ramai part timer. So kena cepatlah….. Ok stakat ni je yang saya boleh kongsikan, saya berharap pengalamn dan matlumat yg sy berikan dpt membantu lebih ramai org yg memerlukan. Terima kasih kerana sudi membaca dari awal hingga ke akhir. Jumpa lagi

Comments

  1. Nk nama group tu.. Nk join

    ReplyDelete
  2. Boleh x saya nk join group wassap tu... here my number 01128208454

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Encik boleh saya joint group WhatsApp tu. 0122222015 tqvm

    ReplyDelete
  4. May I join the GC please Thank you
    01112352812

    ReplyDelete
  5. Saya nak join group whatsapp tu boleh? Please. 0143324494. Thanks.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. 01139898449
    Sya nk kerja part-time bahagian banquet

    ReplyDelete
  8. Boleh kah saya join housekeeping attenda area .wahtsap saya 083890688602

    ReplyDelete

Post a Comment