Nama saya shahzreen dan tahun ni
saya sudah berusia 24 tahun (2017). Hari ni saya Cuma nak berkongsi pengalaman
kerja saya sebagai part timer di hotel sebagai Banquet. Lepas habis spm saya
sudah mula bekerja di pelbagai restoran dan retail shop sebagai part timer tetapi saya terima gaji mingguan atau pun
bulanan. Berbeza kalau kita bekerja di hotel yang menawarkan gaji harian. Kalau
sesiapa yang nak gaji ‘’cash’’
harian boleh lah cuba bekerja di hotel.
Soalan pertama mesti ramai yang akan tertanya2 macam mana nak mulakan
betul tak? Ok, dulu saya akan buat research dulu ada berapa banyak hotel
4star dan 5star di kawasan berdekatan saya. Saya tinggal di KL , so memang
banyaklah hotel2 besar. Then saya dapatkan no tel hotel tu dari google dan
terus call operator hotel tu dan suruh dia pass line ke banquet department.
Hah! Masa tu tanyalah in charge hotel tu nak pakai pekerja part time tak.
Selalunya kalau ada event2 besar contohnya Annual Dinner , Weeding , Fashion
Show atau apa2 event. Hotel perlukan part timer sekitar 80- 100 org bergantung
kepada berapa besar event tu lah .Sebenarnya kerja banquet ni bukan kerja
setiap hari. Bekerja bila ada event je. Ada hotel yg buzy setiap hari ada event.
Ada juga hotel yang tak buzy dalam seminggu Cuma 2-3 event je. So, korang Cuma
bekerja bila diperlukan je. Kalau nk kerja kenalah ‘book’ nama korang dulu.
Bagitahu person in charge tu, yg korang nk kerja dan dia akan bgtahu bila ada
event. Korang just bg nama je. Then nnt boleh terus datang kerja dan dia akan
bagi voucher atas nama koranglah. Kalau korang tak book nama untuk bekerja
memang tak boleh masuk kerja sbb diorang akan hire part timer cukup2 je. Contohnya
hari tu nak guna 80 orang staff, diorang akan hire 80 org je untuk hari tu. Tapi
ada juga yang tak booking nama just walk in je. Kalau ada part timer dah
booking nama tp tak datang, barnasib baiklah, diorg terpaksa hire walk in part
timer juga. Gaji memang akan dapat cash
hari tu juga lepas korang dah habis bekerja. Best kan.. Tapi kalau korang
dah booking nama tp tak dtg mungkin nama korng akn blacklist dan tak boleh
bekerja di hotel tu lg. klau hotel tu betul2 straight lah.
Soalan kedua mesti korang tertanya2 banquet tu apa? Yep memang tu
lah soalan sy semasa mula bekerja dulu. OK… Banquet tu waiter/waitress. Cuma
bukan waiter di restoran tapi waiter dalam ballroom(Dewan besar). So korang
akan bekerja di dalam ballroom tu sebagai pelayan atau waiter sepanjang event
tu mula sampailah habis. Matlumat tambahan *perempuan
bertudung tak diambil* sbb perempuan tak bertudung je yg boleh kerja
banquet.
Kerja2 banquet?? Mula2 korng masuk kerja tu korang akan diberi
uniform tp baju je. Seluar hitam dan kasut hitam kena tali pinggang hitam bawa
sendiri. Tapi seluar hitam office tau bukan seluar jean dan kasut hitam office
bukan kasut sport or kasut kain. Kemudian mereka akan hantar pegi makan (makan
free jer) then diorg akan brief apa yg kena buat dari A-Z. So, tak perlu risau
diorg akan ajar semuanya. Kerja tak susah pun Cuma hantar makanan dan minuman
dari kitchen ke meja guest. Tu jer.. Tp tak senang sgt ok.. mknn hotel ada
banyak set. Contohnya Chinese set, western set, malay set, buffet dan bnyak
lagi. Kalau event tu order Chinese set, so semua org dlm ballroom tu akan makan
Chinese set lah. Tetapi dalam bnyak2 set yg ada, Chinese set adalah menu yang
paling banyak courses . Banquet akan serve makann course by course bukan semua
makann letak atas table mcm tu je. Chinese set ada 9 courses dan banquet kenalah
ulang alik amek makanan dari kitchen bawa ke maja guest 9 kali ok..
Fuhhh!. Kalaw western set 4 courses je.
Buffet dan dome set lagi senang . guest layan diri. Banquet Cuma buat clearing
je. 1org banquet akan jaga 1table je. Event besar smpai seribu org so ada 100
meja that why diorang hire part timer untuk 100 org. 1meja tu ada 10org guest.
So kita Cuma layan jer 10 org guest tu,
apa yg dia nak kita bagi je. Selain dari serve makann kita juga kena
clearing(pinggan yg diorg dh habis mkn kena ambil dan bawa ke steward untuk steward
basuh) then teruskan ambil course/makanan yg seterusnya sbb Chinese ada 9 jenis makanan banquet buat benda yg sama sebnyak 9
kali. Ambil makann tunggu dia habis mkn ,ambil pinggan kotor tu bawa pergi
steward dan ambil makann yg seterusnya. Selain dari tu kalau guest minta apa2
kena layan lah Contohnya dia minta air suam,baby chair, wine,beer,wisky atau
apa2 je.
Tapi yg bestnya semasa kita
bekerja kita still enjoy dgn performance semasa event tu. Bnyak juga jumpa
artis2 perdana menteri. Pengalaman sy event penghargaan bagi hadiah kpd Olympic
Negara. Saya dapat jumpa yang dipertuan agong. Kalau service korng tip top
contohnya muka senyum,ikhlas,cepat dan pantas kemungkinan besar akan dpt tips.
Tips tu duit tepi yg guest bg kpd pekerja disebabkan layanan yg memuaskan.
Paling sikit sy pernah dpt RM30 tp selalunya RM50 maklumlah org2 kaya masa
event tu. Tp tak mengharapkan sgt sbb kita kerja kena ikhlas. OK..bila habis je
event tu dan guest pun dah habis makan, banquet Cuma buat clearing pinggan2
kotor bawa ke steward(jgn risau banquet tak basuh pinggan) dan ambil payment
then balik.
Senang je kan. Pengalaman saya
dulu, sy ada group whatsapp . dlm group tu ada ramai part timer . Admin
coordinator hotel2 kt KL semua ada dlm tu. So mana2 hotel yg perlukan part
timer akan diberitahu dlm group tu dan boleh booking nama terus kpd admin hotel
tu lah. Maksud sy , sy tak berkerja 1 hotel je sbb kalau kerja 1 hotel je , dlm
1 minggu Cuma 2-3 kali je bekerja sbb tak semua hotel buzy dgn event. So kalau
nk bekerja setiap hari kenalah pergi hotel2 lain juga. Lagi 1 payment rate
setiap hotel lain2. Contohnya rate shangrila 1jam RM12 , ST.Regis RM16 , Hilton
rm10..paling bnyak rate yg sy pernah dapat semasa bekerja di ST.regis KL rate
1jam RM25 sbb masa tu event yang di pertuan agong. So kalau dalam 1 hari ada banyak
hotel yang ada event, boleh pilih nk
pegi hotel mana. Selalunya ramai akan serbu hotel rate tinggi. Kalau lambat
memng penuh terpaksa berhijrah ke hotel2 lain. Payment rate hotel2 tu bukan
setiap hari sama. Bergantung kepada event tersebut. Kalau event tu mewah dan
hotel dpt profit tinggi, hotel akn bayar payment tinggi kpd part timer. Setiap
hari Admin akan updated dalam group wtspp Dari hotel mna, Event apa contohnya
weeding, payment rate berapa dan nk guna berapa ramai part timer. So kena
cepatlah….. Ok stakat ni je yang saya boleh kongsikan, saya berharap pengalamn
dan matlumat yg sy berikan dpt membantu lebih ramai org yg memerlukan. Terima
kasih kerana sudi membaca dari awal hingga ke akhir. Jumpa lagi
Nk nama group tu.. Nk join
ReplyDeletenk link group.bermint
ReplyDeleteNk nama link group
ReplyDeleteBoleh x saya nk join group wassap tu... here my number 01128208454
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteEncik boleh saya joint group WhatsApp tu. 0122222015 tqvm
May I join the GC please Thank you
ReplyDelete01112352812
Saya nak join group whatsapp tu boleh? Please. 0143324494. Thanks.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete01139898449
ReplyDeleteSya nk kerja part-time bahagian banquet
Boleh kah saya join housekeeping attenda area .wahtsap saya 083890688602
ReplyDelete